Video Lelaki ‘Prank’ Hal Tsunami Kiamat


[Video] Lelaki ‘Prank’ Hal Tsunami & Kiamat
[Video] Lelaki ‘Prank’ Hal Tsunami & Kiamat - Sejak akhir-akhir ini, semakin menjadi-jadi ideologi atau pemikiran dari Barat yang mengatakan hari Kiamat akan muncul tidak lama lagi.
Antara yang popular pendapat kaum Mayan yang menjangkakan kiamat akan muncul pada hari Jumaat lepas dan keturunan mereka sendiri sudah menyiapkan kelengkapan untuk menghadapi hari kemusnahan itu.
Tiada sesiapa yang dapat menjangkakan bilakah akan tibanya hari Kiamat hatta Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mengetahui bilakah ia akan muncul.
Yang mengetahui, hanya Allah S.W.T sahaja.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. – Surah al-A’raf; 187.
Di bawah Iii satu video yang penulis temui tentang seorang lelaki yang sengaja memperolokkan tentang munculnya kejadian Tsunami dan hari Kiamat.
Yang pasti, tindakan lelaki itu membahayakan keselamatan dan nyawa orang ramai.
Usahlah kita mempunyai niat atau berperangai untuk mempermainkan sesuatu tentang hukum Allah S.W.T yang dijanjikan pastinya akan tiba cuma, tidak diketahui bila.
Kerana apabila Tuhan mengatakan ‘Kun Fayakun’, jadi maka jadilah.
Renung-renungkan… – MyNewsHub

Posting Komentar