Isu pengintipan Perkasa tuntut Singapura mohon maaf

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
November 27, 2013
Irwan Fahmi (dua dari kanan) bersama peguam dan ahli Perkasa lain memegang memorandum yang  dihantar ke Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.  
Irwan Fahmi (dua dari kanan) bersama peguam dan ahli Perkasa lain memegang memorandum yang dihantar ke Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menghantar satu memorandum bantahan kepada kerajaan Singapura bagi meminta republik itu mengemukakan permohonan maaf atas keterlibatannya dalam pengintipan negara jiran termasuk Malaysia.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menyifatkan perbuatan kerajaan Singapura sebagai keji serta tidak menghormati kedaulatan Malaysia.
"Kami mahu kerajaan Singapura memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia. Mengapa mereka mahu menyiasat Malaysia? Kenapa mereka ingin tahu apa yang ada dalam negara kita?" katanya selepas menyerahkan memorandum berkenaan di Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur hari ini.


 Ketika ditanya bagaimana sekiranya tiada permohonan maaf daripada Singapura, beliau berkata: "Saya menggelar mereka kurang adab.”

Seramai 30 ahli Perkasa turut serta dalam penyerahan memorandum itu dan ia diterima oleh Setiausaha Kedutaan, Tan Chee King. – 27 November, 2013.
The Malaysian Insider

Posting Komentar