7 Gambar Lelaki Pengsan Lihat Mayat Terbujur Atas Kereta Miliknya

7 Gambar - Lelaki Pengsan Lihat Mayat Terbujur Atas Kereta Miliknya | Seorang lelaki pengsan apabila terlihat mayat seorang lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di Georgetown.
Lelaki Pengsan Lihat Mayat Terbujur Atas Kereta Miliknya


Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.

Gambar lelaki terjun bunuh diri jatuh diatas kereta proton waja

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Lelaki Pengsan Lihat Mayat Terbujur Atas Kereta Miliknya

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lelaki Pengsan Lihat Mayat Terbujur Atas Kereta Miliknya

"Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya. - Bernama

Posting Komentar