Pengerusi SPR kata DAP masih boleh bertanding


Malaysiakini Apr 18 2013 
DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.

NONEIni telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini
dalam jawapannya melalui SMS.

ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Posting Komentar