Gus Poyet Bakal Pengurus Baru Sunderland


Gus Poyet dilaporkan bakal dilantik sebagai pengurus baru Sunderland dalam tempoh 24 jam ini.

Poyet sememangnya dilihat sebagai calon pilihan mengisi kekosongan jawatan tersebut dengan pemilik serta pengarah sukan kelab itu sudah lama meminati bekas pengurus Brighton itu.

Pengendali dari Uruguay itu bakal menggantikan tempat Paolo Di Canio yang dipecat hanya selepas lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris musim ini setelah dilantik, Mac lalu.

Bekas pemain pertahanan Sunderland, Kevin Ball kini menjadi pengendali sementara pasukan itu dan turut menyatakan kesediaan untuk bergelar pengurus tetap.

Biarpun begitu, Sunderland dikatakan tetap mahu melantik Poyet yang meninggalkan Brighton hujung musim lalu selepas membawa pasukan Liga Kejuaraan itu ke perlawanan playoff.

Posting Komentar